Berita UtamaDunia

Junta lanjut tempoh darurat selama enam bulan lagi di Myanmar

Beri jaminan adakan pilihan raya pada Ogos 2023 dengan lebih adil

YANGON, 4 Muharram 1444H, Selasa – Ketua tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing melanjutkan tempoh darurat di negara ini untuk enam bulan lagi.

Junta buat pertama kali mengumumkan darurat menerusi rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.

“Anggota Majlis Keselamatan sebulat suara menyokong keputusan untuk melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan lagi,” katanya seperti dipetik laporan Global New Light of Myanmar, hari ini.

Aung Hlaing berkata, kerajaan perlu terus memperkukuhkan sistem demokrasi yang menjadi harapan rakyat.

Myanmar berdepan keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa dengan konflik merebak ke seluruh negara berikutan tentera berjaya menghalang protes di bandar-bandar utama.

Junta mendakwa rampasan kuasa berlaku selepas menegaskan penipuan dalam pengundian pada pilihan raya umum November 2020 yang dimenangi parti pimpinan pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi.

Tentera memberi jaminan untuk mengadakan pilihan raya baharu pada Ogos 2023 yang lebih adil namun pembangkang mendakwa ianya tidak akan berjalan dengan bebas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button