Dunia

India catat enam kes cacar monyet

Pesakit dikatakan warga Nigeria tanpa sejarah perjalanan terkini

NEW DELHI, 4 Muharram 1444H, Selasa – India pada Isnin mencatatkan kes cacar monyet keenam, yang merupakan kes kedua di New Delhi, kata seorang pegawai jabatan kesihatan pada Selasa.

Pesakit itu dikatakan warga Nigeria tanpa sejarah perjalanan terkini. Beliau dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan jangkitan virus itu.

Xinhua yang memetik akhbar The Hindu melaporkan pesakit itu berusia dalam lingkungan 30-an dan sudah kira-kira setahun menetap di New Delhi.

“Beliau mengadu demam panas dan mengalami lepuh pada kulit sejak beberapa hari lalu, sampelnya kemudan dihantar untuk ujian pengesahan cacar monyet. Dua lagi warga Afrika yang disyaki dijangkiti juga telah dimasukkan ke hospital yang sama. Sampel mereka telah diambil untuk ujian dan menunggu keputusan,” kata pegawai jabatan kesihatan itu.

Empat daripada enam kes cacar monyet yang dikesan di India setakat ini dilaporkan di negeri Kerala dan dua di New Delhi.

Pada 31 Julai, kematian pertama cacar monyet di India dilaporkan di Kerala. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button