Berita UtamaDunia

Tiada keistimewaan kepada Gotabaya Rajapaksa di Singapura

Bekas Presiden Sri Lanka akan dilayan sesuai dengan statusnya

SINGAPURA, 4 Muharram 1444H, Selasa – Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa tidak diberikan sebarang keistimewaan, imuniti atau hospitaliti oleh kerajaan Singapura.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan dari Ahli Parlimen Gerald Giam (WP-Aljunied) mengenai Rajapaksa di Singapura, Menteri Luar, Vivian Balakrishnan berkata, secara umumnya, kerajaan Singapura tidak memberikan keistimewaan, imuniti dan hospitaliti kepada bekas ketua negara atau ketua kerajaan.

Rajapaksa mendarat di Singapura pada 14 Julai, sehari selepas melarikan diri dari negaranya yang dilanda krisis melalui Maldives dan berikutan kebangkitan rakyat sehingga memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden.

Minggu lalu, jurucakap Kabinet Sri Lanka berkata, bekas presiden itu tidak berselindung dan akan dilayan sesuai dengan statusnya sekembalinya ke Sri Lanka.

Beliau meletakkan jawatan sejurus selepas tiba di Singapura, dan bekas Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai presiden kira-kira seminggu kemudian. – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/08/01/bekas-presiden-tak-perlu-kembali-lagi-ke-sri-lanka/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button