Berita Utama

Harga petrol RON97 turun 5 sen

RON95 dan diesel kekal

BANGI, 5 Muharram 1444H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen kepada paras RM4.50 seliter berbanding RM4.55 seliter bermula esok sehingga 10 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Katanya, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan, seperti yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya.

MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button