Berita UtamaDunia

Arab Saudi hapuskan penghalang di sekeliling Kaabah tepat pada musim umrah

Keputusan dibuat bagi mudahkan perjalanan suci jemaah: Al-Sudais

MAKKAH, 6 Muharam 1444H, Khamis – Arab Saudi mengalihkan penghalang yang diletakkan di sekeliling Kaabah tepat pada masanya untuk musim umrah, Presiden Ketua Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Dr Abdulrahman bin Abdulaziz al-Sudais mengumumkan dalam satu kenyataan, semalam.

Penghalang itu telah diletakkan semasa pandemik COVID-19 sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan dari kerajaan.

Al-Sudais berkata, keputusan untuk menghapuskan penghalang itu mencerminkan minat kepimpinan dalam memudahkan perjalanan suci untuk jemaah dan menyediakan persekitaran rohani yang paling selamat kepada mereka.

“Pihak presiden bekerjasama dengan semua sektor yang beroperasi di Masjidil Haram untuk mengalu-alukan jemaah dan menyediakan mereka dengan semua perkhidmatan berdasarkan aspirasi kepimpinan,” kata al-Sudais dalam kenyataan itu.

Musim umrah bermula pada 30 Julai dan hadir pada masa Arab Saudi kian melonggarkan langkah-langkah yang sebelum ini diambil untuk menghadapi pandemik coronavirus.

Pada bulan Mac, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan peraturan baharu untuk melawat Dua Masjid Suci selepas kerajaan itu menghapuskan banyak langkah pencegahan.  

Antara langkah itu, jemaah yang ingin menunaikan umrah dan yang datang dari luar negara tidak lagi perlu mendaftar maklumat imunisasi mereka untuk mendapatkan permit.

Selama bertahun-tahun, Arab Saudi telah membelanjakan berbilion dolar untuk menjadikan salah satu perhimpunan agama terbesar di dunia lebih selamat.

Pelan pembaharuan ekonomi oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti umrah dan haji kepada 30 juta jemaah setiap tahun dan menjana pendapatan $13.32 bilion (50 bilion riyal) menjelang 2030. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button