Berita UtamaDunia

Khalil Awawdeh berdepan risiko mati selepas mogok lapar 144 hari

Pentadbiran penjara tak beri rawatan dengan alasan belum capai tahap bahaya

RAMLA, 6 Muharam 1444H, Khamis – Tahanan Khalil Awawdeh, 40, dari bandar Idna, barat Hebron berdepan risiko kematian setelah mogok laparnya berterusan selama 144 hari.

Kelab Tahanan Palestin memberi amaran, bahawa Khalil berdepan keadaan kesihatan serius di klinik penjara Ramleh namun tiada penyelesaian setakat ini berhubung kesnya.

Khalil menjelaskan bahawa dia mengalami sakit pada sendi, sakit kepala, pening yang teruk serta penglihatan kabur, selain tidak boleh berjalan dan bergerak di atas kerusi roda.

Pentadbiran penjara pendudukan sengaja memindahkan Khalil berulang kali ke hospital awam, mendakwa bahawa dia telah menjalani pemeriksaan perubatan.

Namun, setiap kali itu juga, dia dikembalikan ke penjara tanpa menerima rawatan dengan alasan belum mencapai tahap bahaya.

Khalil sebelum ini menjalani mogok selama 111 hari serta dijanjikan pembebasan menghentikan mogok selama seminggu dan kembali meneruskannya pada 2 Julai.

Tetapi penjara Israel memungkiri janji dan mengeluarkan perintah penahanan pentadbiran baharu terhadapnya selama empat bulan.

Dalam konteks ini, tahanan pentadbiran meneruskan pemulauan terhadap mahkamah pendudukan untuk hari ke-214 berturut-turut, sebagai sebahagian daripada konfrontasi mereka dengan jenayah tahanan pentadbiran.

Pihak berkuasa pendudukan dan pentadbiran penjara mendakwa bahawa tahanan pentadbiran mempunyai fail rahsia yang tidak boleh didedahkan, oleh yang demikian tahanan tidak mengetahui tempoh hukuman atau pertuduhan terhadap mereka.

Penahanan pentadbiran ialah penahanan tanpa tuduhan atau perbicaraan, dan tanpa membenarkan tahanan atau peguam mereka untuk memeriksa bahan bukti.

Ia pelanggaran yang jelas terhadap peruntukan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menjadikan Israel satu-satunya pihak di dunia mengamalkan dasar ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button