Uncategorized

Pengambilan pembantu rumah Kemboja akan dimeterai awal bulan depan

Malaysia mula terima pekerja dari semua negara termasuk Bangladesh dan Indonesia

BANGI, 6 Muharram 1444H, Khamis – Malaysia akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja awal September depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tarikh pemeteraian perjanjian itu akan ditetapkan selepas beberapa kementerian berkaitan termasuk Kementerian Dalam Negeri menyiapkan ulasan mengenai perkara berkenaan.

“Kita telah edarkan kertas Kabinet kepada kementerian-kementerian berkaitan untuk meminta ulasan. Apabila ulasannya telah siap, kita akan tandatangani MoU itu bersama pihak Kemboja.

“MoU bersama Kemboja dijangka pada minggu pertama bulan September dan apabila ditandatangan kita sudah boleh bawa pembantu rumah dari Kemboja,” katanya.

Saravanan berkata, pihaknya juga telah menyelesaikan isu-isu dengan semua negara sumber.

Malah, katanya, Malaysia telah mula menerima pekerja dari semua negara termasuk Bangladesh dan Indonesia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button