Berita UtamaIstimewa

Pertahan Islam, jangan jadi hamba abdi peti undi

Kejar redha Allah SWT, di situlah penilaian muktamad

BANGI, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Sudah tiba masa umat bersatu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik Melayu, bagi menggembleng usaha dalam mempertahankan kedaulatan Islam.

Ini kerana campur tangan pihak luar yang mahu memporak-perandakan keharmonian sebuah negara sering berlaku – yang kebanyakannya berbentuk provokasi tanpa mengkaji secara mendalam sejarah panjang Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka.

Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Rashidi Haris berkata, kedangkalan anasir luar ini menyalah tafsir kedudukan kumpulan ‘pendatang’ hasil longgokan British yang diberi kerakyataan hingga membebankan bangsa asal dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, beliau meminta kumpulan majoriti negara tidak takut kepada mereka yang mencabar maruah negara.

“Jangan ikut nafsu serakah menjadi hamba abdi kepada sokongan di peti undi kawasan semata-mata lalu menggadai prinsip dan akidah kita.

“Kejarlah redha Allah SWT. Di situlah penilaian muktamad kewujudan kita bangsa Malayuwiyyah-Islamiyyah,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, isu berkaitan syariah yang berlaku ketika ini antara ‘grand design’ untuk meruntuhkan segala pasak dan sendi kekuatan Melayu-Islam yang masih kekal dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, untuk terus mengubahnya ialah dengan mendapatkan kuasa politik secara demokratik yang sedia terhidang menerusi amalan pilihan raya sebagaimana mereka berjaya dalam PRU-14,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button