Berita UtamaDunia

13 maut kelab malam di Thailand terbakar

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti: Polis

BANGKOK, 7 Muharam 1444H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 35 cedera apabila kebakaran berlaku di sebuah kelab malam di timur wilayah Chonburi di Thailand awal hari ini, kata seorang pegawai polis.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan semua mangsa telah dikenal pasti sebagai warga Thailand, kata polis.  

Kenyataan berasingan daripada perkhidmatan kecemasan Chonburi mengesahkan 14 daripada keseluruhan mangsa mengalami cedera parah.

Kebakaran di kelab malam Mountain B, kira-kira 180km tenggara ibu kota Bangkok, berlaku kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan, beritahu seorang penguasa di balai polis tempatan kepada Reuters.

Rakaman TV tempatan menunjukkan orang ramai melarikan diri dan pekerja kecemasan memadamkan api – yang mana kasut dan botol berselerak di atas tanah.

Seorang saksi dikenali sebagai Nana memberitahu TV tempatan bahawa dia bersama lima rakannya berada di tempat kebakaran.

“Saya melihat api di atas pentas, di sebelah kanan. Penyanyi di atas pentas juga melihatnya dan dia menjerit ‘api’ dan melemparkan mikrofon,” katanya kepada penyiar PPTV.

Insiden itu berlaku 13 tahun selepas piroteknik menjadi punca kebakaran di pesta Tahun Baru di kelab malam Santika yang sesak di Bangkok, mengorbankan 66 orang.  

Siasatan terhadap kebakaran mendapati beberapa pelanggaran utama di kelab itu, termasuk rasuah yang mendedahkan berlaku kelonggaran terhadap keselamatan di tempat hiburan.

Perdana Menteri, Prayuth Chan o Cha hari ini memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa mereka akan menerima bantuan daripada pihak berkuasa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button