Dunia

AS rekod 6,600 kes cacar monyet, hampir semua babitkan lelaki gay

Isytihar wabak sebagai kecemasan kesihatan awam

WASHINGTON, 7 Muharram 1444H, Jumaat – Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam, susulan jumlah jangkitan kini melebihi 6,600 kes pada Rabu.

Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan AS, Xavier Becerra berkata, langkah itu juga bagi membenarkan pembiayaan dan alat tambahan dikeluarkan untuk memerangi penyakit itu.

Hampir semua kes yang direkodkan di negara itu adalah dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

“Kami bersedia untuk mengambil tindak balas ke peringkat seterusnya dalam menangani wabak ini, dan kami menggesa setiap individu di AS mengambil serius penyakit cacar monyet,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, Rochelle Walensky berkata, pengisytiharan itu juga akan membantu meningkatkan tahap ketersediaan data mengenai jangkitan cacar monyet.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa.

Tidak seperti COVID-19, cacar monyet sudah mempunyai rawatan sedia ada yang pertama kali didokumentasikan di Afrika pada 1970-an.

Kerajaan AS telah mengedarkan 156,000 dos vaksin cacar monyet di seluruh negara setakat pertengahan Julai lalu, dan mengarahkan tambahan 2.5 juta  dos vaksin Bavarian Nordic.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button