Dunia

Israel agresif kempen tangkap penduduk Palestin

Penahanan tanpa alasan munasabah diteruskan setiap hari

RAMALLAH, 7 Muharram 1444H, Jumaat – Tentera pengganas Israel semakin agresif apabila menangkap 23 rakyat Palestin ketika serbuan di beberapa bahagian di Tebing Barat pada Khamis.

Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata, kesemua tahanan itu adalah dari Hebron, Bethlehem, Tulkarm dan Jenin.

Katanya, lapan daripada semua tahanan itu adalah daripada keluarga Al-Ajouli dari Hebron.

“Penangkapan ini adalah dasar sistematik dan konsisten yang paling menonjol dilaksanakan oleh pihak berkuasa pendudukan setiap hari,” kata kelab itu.

Tentera Israel kerap melakukan kempen penangkapan yang meluas di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki, kononnya atas alasan mencari warga Palestin yang dikehendaki.

Menurut institusi berkaitan dengan hal ehwal tahanan, kini terdapat 4,650 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button