Pendapat

Pesta budaya menjadi pesta arak

Adakah kita mahu budaya ini berlaku di Malaysia?

OKTOBERFEST disambut oleh masyarakat Bavaria. Mereka mempamerkan budaya dan identiti tersendiri yang berbeza daripada Jerman yang didominasi oleh Prussia. Seperti Bon Odori nak perkenalkan budaya Jepun la katanya.

Orang Melayu berusaha juga untuk tunjuk budaya, kesenian, warisan, sejarah, permainan dan pelbagai lagi dengan mewujudkan Hari Peradaban Bangsa Melayu, anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA ketika cuti awal Muharram baru-baru ini. Tahniah.

Pesta arak muncul kemudian

Ketika awal penganjuran festival ini, Oktoberfest ketika itu adalah pesta rakyat, maka adalah tidak sesuai untuk diadakan pesta minuman keras.

Tahun demi tahun, jumlah khemah pesta kian bertambah, hingga pada suatu-suatu masa, jumlah khemah peserta yang menyertai Oktoberfest mencecah 400 buah kesemuanya.

Hanya pada tahun 1892, iaitu selepas 82 tahun Oktoberfest dianjurkan buat pertama kali, baharulah wujud jualan minuman keras yang dihidang di dalam gelas semasa pesta Oktoberfest.

Penghujung abad ke-19, penganjur Oktoberfest mahu lebih ramai hadirin yang datang dan apabila minuman keras mula dijual, ia menjadi faktor kebanjiran orang ramai.

Sejak itu, memasuki abad ke-20, daripada khemah-khemah jualan produk pertanian, barangan emas perak, seramik, hasil kraf, Oktoberfest telah berubah menjadi pesta menogak minuman keras.

Akhirnya, arak menjadi industri.

Adakah kita mahu budaya ini berlaku di Malaysia?

Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak
Wakil PEMBELA Melaka 

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button