Berita Utama

Piagam GTA sudah sedia dibentang kepada umum

Fokus kepada pembangunan bangsa Melayu, kaum lain

BANGI, 7 Muharram 1444H, Jumaat – Parti BERJASA kekal teguh dengan prinsip ‘Bersama Pimpin Negara’ bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Justeru, pembabitan parti itu dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang dibentuk bertindak sebagai pembuat keputusan bersama untuk menerajui gerak kerja PRU15.

GTA terdiri daripada empat parti tonggak iaitu BERJASA, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, piagam GTA telah dibincang dengan rapi, tersusun dan teliti serta sudah bersedia untuk dibentangkan kepada umum untuk dinilai kekuatan dan kualiti gabungan itu.

“Demi mengangkat naratif ‘Malaysia Unggul dan Bermaruah’, GTA bersepakat mengembalikan semula kekuatan negara merentasi pelbagai aspek seperti pembangunan ekonomi, rekonsilasi nasional dan koreksional politik.

“GTA juga turut memberi fokus kepada pembangunan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain ke arah yang lebih holistik dengan menjulang tinggi Perlembagaan Persekutuan sebagai asas integrasi nasional,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Lukman berkata, setiap intipati piagam gabungan telah dibincangkan secara tuntas antara presiden-presiden parti dalam gabungan ini.

Bahkan, ia disahkan secara konsensus sebulat suara semua parti terlibat menjadi asas pentadbiran gabungan ini yang bakal menentukan sebarang keputusan.

“BERJASA berikrar akan terus mendukung integriti dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah melalui sistem kehakiman negara dan menentang sebarang salah laku walaupun dalam kalangan gabungan ini,” katanya.

Pautan berkaitan;

GTA mahu bina semula negara demi kelangsungan Melayu: BERJASA


https://ismaweb.net/2022/08/04/gta-tanding-120-kerusi-parlimen-pada-pru15/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button