Dunia

Kerana Islamophobia, Masjid Turki di Perancis dibakar

Suspek tak dikenali lontar 3 bom molotov punca kebakaran

PARIS, 6 Syawal 1443H, Sabtu – Sebuah masjid yang bergabung dengan Kesatuan Turki-Islam untuk Hal Ehwal Agama (DITIB) di wilayah timur Metz, Perancis diserang individu tidak dikenali pada malam Khamis.

Masjid berkenaan hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku selepas suspek melontar tiga bom molotov ke dinding premis itu.

Presiden Persatuan Masjid, Ali Durak berkata, bangunan premis itu dapat diselamatkan daripada terbakar sepenuhnya.

“Kami tidak menjangkakan serangan sedemikian,” katanya sambil menambah bahawa persatuan itu sentiasa berinteraksi dengan masyarakat setempat.

Durak memaklumkan bahawa serangan itu adalah kali pertama dilakukan ke atas masjid berkenaan, dan dia diberitahu mengenai insiden itu oleh pegawai tempatan.

Sementara itu, Jawatankuasa Penyelarasan Persatuan Muslim Turki (CCMTF) dalam satu kenyataan berkata, insiden anti-Muslim, perkauman dan xenofobia semakin meningkat di negara berkenaan.

Serangan terbaharu itu dipercayai berkaitan dengan Islamophobia, yang semakin ketara ketika pilihan raya presiden, tegas CCMTF.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button