Berita UtamaDunia

Israel semakin mengganas tangkap 19 anggota Jihad Islam

Tentera, ejen Shin Bet beroperasi di beberapa lokasi Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 8 Muharam 1444H, Sabtu – Tentera rejim Zionis meluaskan serangan terhadap Jihad Islam hari ini dan mengumumkan penahanan 19 anggota kumpulan itu di Tebing Barat, di samping melancarkan serangan menyasarkan kubu mereka di Gaza.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, anggotanya dan ejen dari agensi keselamatan dalaman Shin Bet telah beroperasi di beberapa lokasi Tebing Barat, untuk menahan operasi Jihad Islam.

“Daripada 20 individu yang ditahan dalam operasi terbaru itu, 19 daripadanya adalah anggota Jihad Islam,” katanya.

Pertempuran terbaharu di Gaza tercetus selepas Israel menahan Bassem al-Saadi, seorang komander kanan Jihad Islam yang didakwa mendalangi beberapa serangan,  awal minggu ini di Tebing Barat.

Jihad Islam – sebuah kumpulan yang disokong Iran – mempunyai kehadiran yang kuat di Gaza dan Tebing Barat, wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel sejak 1967.

Israel mendakwa Jihad Islam di Gaza merancang untuk menyerang selatan Israel sebagai tindak balas penahanan Bassem, sekali gus memaksanya melancarkan serangan balas. – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/08/06/1gaza-berdarah-10-terkorban-termasuk-pejuang-kanan-palestin/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button