Berita UtamaDunia

Serangan roket Russia musnahkan loji nuklear di Ukraine

Operasi dihentikan berisiko kebocoran nitrogen dan penyebaran radioaktif

KYIV, 8 Muharam 1444H, Sabtu -Agensi Nuklear Ukraine mengesahkan roket Russia telah memusnahkan sebahagian besar loji nuklear namun tidak berlaku kebocoran radiasi.

Enerhoatom berkata, unit nitrogen-oksigen dan talian bervoltan tinggi telah musnah di Loji Zaporizhzhia – loji terbesar di Eropah yang terletak di selatan Ukraine.

Pegawai tempatan menyalahkan Ukraine kerana membedil kawasan berkenaan sebelum ini.

Namun Ukraine pula menuduh tentera Russia yang melepaskan serangan roket di kawasan orang awam di kawasan loji berkenaan sebagai taktik pengganas.

Sementara itu, penduduk tempatan berkata, terdapat dua serangan roket dipercayai dari Russia Jumaat lepas sekali gus memaksa pengendali loji berkenaan menghentikan operasi sebagai kawalan keselamatan.

Keadaan berkenaan memberi risiko kepada kebocoran hidrogen dan penyebaran radioaktif yang membahayakan.

Mac lalu, Russia merampas loji berkenaan namun pekerjaan Ukraine masih dibenarkan meneruskan pekerjaan mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button