Dunia

Kejam! Lagi serangan Zionis di Semenanjung Gaza

Dua penduduk termasuk kanak-kanak sembilan tahun cedera

GAZA, 9 Muharram 1444H, Ahad – Dua rakyat Palestin cedera dalam serangan udara baharu rejim pengganas Israel petang tadi di bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, pesawat pejuang Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah ladang di barat bandar Gaza dan kawasan kejiranan Al-Atatra di Beit Lahia.

Serangan terbaharu itu mencederakan sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Kedua-dua mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Palestin dalam kemas kini mengesahkan jumlah kematian akibat serangan Israel meningkat kepada 31 orang, termasuk enam kanak-kanak dan empat wanita.

Serangan kejam rejim Zionis sejak Jumaat lalu itu juga menyebabkan jumlah mangsa cedera kini mencecah 265 orang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button