Korban serangan Zionis di Gaza kini cecah 31
Presiden Palestin gesa AS campur tangan henti pencerobohan Israel

GAZA, 9 Muharram 1444H, Ahad – Dua lagi rakyat Palestin terbunuh hari ini dalam serangan udara rejim pengganas Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Jabalia, utara Semenanjung Gaza.
Insiden terkini itu menjadikan jumlah kematian sejak awal pencerobohan pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza Jumaat lalu kepada 31 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Kementerian memaklumkan bahawa jumlah kematian telah mencecah 31 orang termasuk enam kanak-kanak dan empat wanita, manakala jumlah mangsa cedera meningkat kepada 265 orang.
Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat di Semenanjung Gaza, termasuk tindakan pelampau Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur hari ini.
Jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeinah berkata, pencerobohan berterusan Israel di Masjid al-Aqsa, Semenanjung Gaza, Jenin dan wilayah lain di Palestin telah melintasi garis merah dan menyebabkan situasi semakin tegang.
Justeru, beliau menggesa masyarakat antarabangsa terutama pentadbiran Amerika Syarikat (AS) supaya campur tangan untuk menghentikan pencerobohan rejim Zionis itu.
“Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sesi khas untuk membincangkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, dan ia mesti melaksanakan tanggungjawabnya dan menghenyikan pencerobohan ini,” katanya.- Agensi
Berita berkaitan;
Arab Saudi kutuk serangan Israel, gesa orang awam dilindungi
Arab Saudi kutuk serangan Israel, gesa orang awam dilindungi
Arab Saudi kutuk serangan Israel, gesa orang awam dilindungi