Dunia

Lelaki maut, dua lagi cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat

Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kg dipasang pada tong gas

NARATHIWAT, 9 Muharram 1444H, Ahad – Seorang orang awam maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej. Jen. Pol. Waesamae Salae berkata dalam insiden kira-kira 8.30 malam (waktu tempatan) pada Sabtu, mangsa yang terbunuh berteduh di sebuah pondok berdekatan sebuah pos kawalan bersama isterinya yang turut cedera dalam kejadian itu.

“Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di atas sebuah motosikal yang diubahsuai dan ia diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

“Kekuatan letupan dan serpihan bom menyebabkan lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, 57 tahun, cedera parah,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata seorang lelaki, 56, berada dalam sebuah rumah berdekatan turut cedera apabila terkena bumbung rumah yang runtuh akibat kekuatan letupan bom.

“Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di hospital” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button