Berita Utama

MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan ditamatkan

Penamatan dibuat selepas dijangkakan cuaca bertambah baik

KUALA LUMPUR, 9 Muharam 1444H, Ahad – Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11 malam, 5 Ogos lepas bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penamatan itu susulan keadaan cuaca di Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka bertambah baik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia serta boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia ditalian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button