Berita UtamaDunia

Bangladesh mohon bantuan China hantar pulang pelarian Rohingya

Menteri Luar China janji selesai krisis pelarian

DHAKA, 10 Muharam 1444H, Isnin – Bangladesh dilaporkan meminta kerjasama dari China untuk menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar.

Hasrat itu dinyatakan ketika lawatan Menteri Luar, Wang Yi Hayang yang menjanjikan hubungan perdagangan, pelaburan dan sokongan lebih baik untuk pembangunan infrastruktur di negara Asia Selatan itu.

Menteri Muda Untuk Hal Ehwal Luar Bangladesh, Shahriar Alam berkata, China berjanji untuk membantu secara berterusan menyelesaikan krisis Rohingya.

“Kami dengan tegas mengulangi bahawa kerjasama China diperlukan. China telah maju dalam menyelesaikan isu Rohingya dan kami memerlukan situasi itu berakhir,” kata Alam.

China telah menggunakan pengaruhnya di Myanmar untuk menjadi perantara perjanjian November 2017 untuk menghantar pulang kira-kira 700,000 pelarian Islam Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan di Myanmar pada Ogos tahun itu.  

Walaupun terdapat percubaan untuk menghantar pulang pelarian, namun mereka enggan, kerana bimbang akan bahaya di Myanmar, yang diburukkan lagi oleh pengambilalihan tentera tahun lalu.

Wang tiba di Dhaka pada petang Sabtu dan bertemu dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan Menteri Luar, A.K. Abdul Mome.

Mereka membincangkan isu dua hala dan global sebelum kepulangannya pada pagi Ahad, kata, Shahriar Alam.

Bangladesh mempunyai hubungan kukuh dengan China, yang merupakan rakan perdagangan utama untuk bahan mentah. 

Tetapi mengekalkan hubungan rapat dengan Beijing adalah mencabar bagi Bangladesh, yang juga mengimbangi hubungan diplomatik dan perdagangan dengan India dan Amerika Syarikat (AS), saingan utama China.

Lebih daripada 500 syarikat China aktif di Bangladesh. China terlibat dalam semua projek infrastruktur utama negara seperti pelabuhan laut, terowong sungai dan lebuh raya, dan membantu membina jambatan terbesarnya di atas Sungai Padma dengan kos AS$3.6 bilion.

Di tengah-tengah ketegangan baru-baru ini antara China dan Taiwan, Bangladesh mengeluarkan kenyataan mengulangi sokongannya terhadap dasar ‘Satu China’.

Selepas memenangi pilihan raya pada tahun 2008, pentadbiran Hasina menutup pejabat perwakilan perniagaan Taiwan di Dhaka sebagai tindak balas permintaan dari China, dan sejak itu China telah meningkatkan penglibatannya di Bangladesh.

Pada Ahad, Wang memberitahu Hasina semasa kunjungan hormat bahawa negaranya menganggap Bangladesh sebagai ‘rakan kongsi pembangunan strategik’ dan akan terus menyokongnya, kata Setiausaha Akhbar presiden, Ihsanul Karim.

Agensi United News of Bangladesh melaporkan bahawa Wang juga berjanji untuk bersama Bangladesh ‘dalam semua isu di forum antarabangsa.’

Semalam, Bangladesh dan China menandatangani atau memperbaharui empat perjanjian dan memorandum persefahaman mengenai pengurusan bencana, infrastruktur dan pertukaran budaya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button