Dunia

Bumi Gaza terus jadi saksi pertumpahan darah Palestin

12 lagi terbunuh dalam serangan udara baharu malam tadi

GAZA, 10 Muharram 1444H, Isnin – Bumi Semenanjung Gaza terus menjadi saksi pertumpahan darah rakyat Palestin dalam serangan ganas rejim Israel malam tadi.

12 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara berterusan pengganas Israel di Semenanjung Gaza menjadikan jumlah korban kini mencecah 43 orang.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, pesawat perang Israel menyerang tanah perkuburan di Jabaliya utara Semenanjung Gaza, perhimpunan rakyat di bandar Gaza dan sebuah rumah di timur Bureij tengah wilayah itu.

Menurut laporan, lima termasuk kanak-kanak terbunuh apabila peluru berpandu mengenai tanah perkuburan, tiga lagi terkorban di bandar Gaza, tiga maut di al-Bureij dan seorang meninggal dunia di Jabaliya.

Daripada 43 rakyat Palestin yang terbunuh setakat tiga hari serangan ganas Israel di Gaza, 15 adalah kanak-kanak dan empat wanita, manakala lebih 310 orang cedera.

Peningkatan jumlah kematian itu berlaku ketika Mesir mengetuai usaha untuk mengadakan gencatan senjata yang berlangsung malam tadi.-  Agensi

Berita berkaitan;

Kejam! Lagi serangan Zionis di Semenanjung Gaza

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button