Berita Utama

Lambakan ‘kuil haram’, PBT tidurkah?

Jangan diam diri, segera lakukan audit kerana babit keselamatan negara

BANGI, 10 Muharram 1444H, Isnin – Sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan audit terhadap lambakan kuil Hindu yang dibina di kawasan tanah haram sehingga membabitkan rizab jalan dan berisiko kepada keselamatan.

Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, PBT di seluruh negara tidak boleh berdiam diri kerana keadaan itu menjadi semakin serius, apatah lagi membabitkan isu keselamatan negara.

Beliau berkata, kemunculan kuil Hindu sama ada disedari atau tidak semakin membimbangkan, terutamanya yang dibina di kawasan tanah kerajaan dan banyak peraturan tidak dipatuhi.

“Lambakan kuil ini seolah-olah tidak terkawal. PBT tidurkah? Saya tidak rasa binaannya mengikut tatacara yang ditetapkan oleh PBT.

“Setback entah ke mana. Sedar-sedar pembahagi jalan sudah ditukar menjadi berwarna warni dan menjadi pagar milik kuil Hindu. Sudah berlaku di banyak kawasan lebuh raya,” katanya menulis di ruangan Kolumnis Ismaweb.net, hari ini.

Ridhuan Tee mempersoalkan keperluan membina kuil Hindu berskala besar di kawasan penganutnya begitu sedikit atau di kawasan majoriti Melayu.

Malah, pihak kuil juga ‘berani’ menuntut tapak gantian pada pembinaan yang tidak mendapat kebenaran, meskipun ianya dibina di tanah kerajaan dan bukan milik persendirian.

“Ingat kisah Adib, sehingga kini tidak ada pembelaan. Tapak kuil disediakan, mereka dah bina kuil tetapi mereka tidak mahu berpindah daripada tapak lama.

“Akhirnya kedua-dua tapak dia dapat. Nyawa Adib menjadi taruhan. Di mana keadilan sebegini?,” katanya.

Atas dasar itu, beliau menggesa supaya audit segera dilakukan termasuk audit kewangan supaya keselamatan negara tidak tergugat dan terancam.

BACA PENUH TULISAN PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH DI SINI;

Bila kerajaan mahu bertindak ke atas kuil haram

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button