Berita Utama

Pemilik premis bangunan terbiar jadi sarang dadah akan dikompaun

Pasukan khas akan pantau restoran tidak jaga kebersihan

KOTA BHARU, 10 Muharam 1444H, Isnin –  Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik bangunan kosong yang kini menjadi sarang dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, pihaknya sedar ramai penagih dadah menggunakan bangunan terbiar untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Bagi menunjukkan betapa seriusnya kerajaan menangani isu itu, saya telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis,” katanya seperti dilapor NST.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Zon Bersih, Indah, Ceria’ di Kubang Kerian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Izani turut menyentuh mengenai tahap kebersihan yang lemah di kedai makanan.

“Beberapa restoran dan gerai makan di kawasan bandar masih enggan menjaga kebersihan. Pasukan khas majlis akan memantau perkara ini dengan teliti. 

“Pemeriksaan berkala akan dilakukan bagi memastikan pengendali mematuhi peraturan. Pasukan itu juga aka menyemak poster dan iklan haram di tepi jalan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button