Dunia

Polis siasat kaitan pembunuhan 4 lelaki Islam di AS

NGO Islam tawar ganjaran AS$10,000 kepada pemberi maklumat

MEXICO, 10 Muharram 1444H, Isnin – Seorang lagi lelaki muslim di negeri New Mexico, Amerika Syarikat terbunuh, menjadikannya mangsa keempat kes pembunuhan membabitkan orang Islam dalam tempoh sembilan bulan di negara itu. 

Oleh itu, pihak berkuasa  sedang berusaha untuk menyiasat sama ada semua kes pembunuhan empat lelaki dalam tempoh itu mempunyai kaitan. 

Ketua Polis Albuquerque, Harold Medina berkata, seorang lelaki muda beragama Islam telah dibunuh pada Jumaat lalu.

Katanya, pembunuhan itu boleh dikaitkan dengan tiga lelaki Islam lain yang turut terbunuh dalam tembakan serang hendap sepanjang tempoh sembilan bulan lalu. 

Walaupun pihak berkuasa mengulangi permintaan untuk orang ramai yang mempunyai maklumat kes  menghubungi polis, pihak berkuasa pada masa sama turut mempertingkatkan langkah keselamatan di kawasan tertentu khususnya tempat masyarakat Islam tinggal. 

Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) – pertubuhan hak sivil Islam terbesar di AS – meningkatkan ganjaran daripada AS$5,000 kepada AS$10,000 untuk pemberi maklumat yang berjaya mendedahkan suspek berkaitan kes pembunuhan itu. 

Polis Albuquerque tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang membunuh orang Islam sepanjang sembilan bulan lalu adalah individu sama. 

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya insiden pembunuhan empat lelaki muslim di negeri selatan New Mexico. 

Biden menegaskan bahawa pentadbirannya berpegang teguh dengan masyarakat Islam AS. 

“Saya marah dan sedih dengan pembunuhan ngeri empat lelaki Islam di Albuquerque. 

“Serangan kebencian ini tidak ada tempatnya di AS,” kata Biden di Twitter pada Ahad.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button