Berita UtamaDunia

Israel seksa lagi penduduk Palestin, rampas tanah, cabut pokok zaitun

Zionis perluaskan jalan yang digunakan penceroboh haram

TEBING BARAT, 11 Muharam 1444H, Selasa – Pihak berkuasa pendudukan Israel, semalam memulakan proses merampas tanah dan pokok zaitun milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita Wafa.

Suleiman Jaafreh, seorang penduduk bandar Tarqumiyah, yang terletak di barat laut Hebron, memberitahu Wafa, jentolak tentera Israel memusnahkan 12 dunam (3 ekar) tanah milik Mohammad Jaafreh dan mencabut berpuluh-puluh pokok zaitun yang ditanam lebih lima tahun lalu.

Pokok zaitun adalah simbolik keterikatan Palestin dengan tanah mereka.

Tahan kemarau, tumbuh di bawah keadaan tanah yang buruk, dan hidup serta berbuah selama beribu-ribu tahun, pokok-pokok itu mewakili rintangan dan daya tahan Palestin dalam menghadapi pendudukan Israel.

Sementara itu, ketua Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan, Hasan Breijieh berkata, arahan perobohan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel kepada penduduk kampung berhampiran Sair, bagi memperluaskan jalan yang digunakan oleh penceroboh haram.

Penduduk Palestin di Kota Lama Hebron diganggu setiap hari oleh peneroka haram dan tentera pendudukan yang bertujuan untuk memaksa mereka keluar dari rumah mereka untuk menubuhkan penempatan haram Yahudi sahaja di kawasan itu.

Pergerakan hak asasi manusia Israel Peace Now menganggarkan bahawa kira-kira 666,000 peneroka tinggal di 145 penempatan besar dan 140 pos tentera di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Undang-undang antarabangsa menganggap Tebing Barat dan Baitulmaqdis sebagai “wilayah yang diduduki”, dan semua aktiviti penempatan di sana adalah haram.  

Israel, bagaimanapun, membezakan antara pos-pos luar dan penempatan yang mendakwa kedua-duanya sebagai bentuk penjajahan yang sah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button