Berita Utama

Malaysia terima kemasukan kumpulan pertama pekerja Bangladesh

Kumpulan pekerja akan digajikan untuk sektor pembuatan

BANGI, 11 Muharram 1444H, Selasa – Malaysia menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh hari ini untuk sektor pembuatan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kemasukan itu adalah susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Penggajian Pekerja Warga Bangladesh yang telah ditandatangani oleh kedua-dua negara pada 19 Disember 2021.

Sehubungan itu, pekerja warga Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia secara berperingkat mulai hari ini.

“Selain itu, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh pada minggu lalu juga telah mengesahkan permohonan daripada 80 majikan tempatan yang melibatkan penggajian seramai 6,000 warga Bangladesh.

“Bagi para majikan yang telah membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan bercadang untuk menggajikan pekerja warga Bangladesh, mereka boleh memohon pengesahan penggajian dan dokumentasi seperti kontrak pekerjaan serta pesanan kerja ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Saravanan turut memaklumkan ketibaan para pekerja warga Bangladesh hari ini disambut oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button