Berita UtamaDunia

Palestin rayu bina semula Gaza, tamatkan keganasan Israel

Serangan terbaru burukkan lagi keadaan kemanusiaan

GAZA, 11 Muharam 1444H, Selasa – Pihak berkuasa Palestin menggesa untuk membina semula wilayah tepi laut dan menamatkan sekatan serta keganasan selama 15 tahun negara haram Israel.

Gesaan itu dibuat sehari selepas gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir dikuat kuasakan bagi menamatkan tiga hari serangan udara Israel ke atas Gaza dan serangan balas roket.

Menurut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 360 lagi cedera dalam serangan Israel.

“Pencerobohan terbaharu menyebabkan 18 unit rumah musnah, 71 lagi boleh didiami dan 1,675 sebahagiannya rosak,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Naji Sarhan pada sidang media di Gaza City.

Beliau berkata, kementeriannya tidak menerima dana yang dicagarkan untuk membina semula sekitar 2,200 unit rumah yang musnah akibat serangan Israel ke atas Gaza tahun lepas.

“Kos membina semula unit perumahan ini dianggarkan sekitar AS$100 juta,” katanya.

Jurucakap kerajaan, Salama Marouf menggesa untuk menamatkan dasar hukuman kolektif Israel terhadap penduduk Gaza.

“Kami merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Gaza,” katanya.

Rumah kepada 2.3 juta penduduka Gaza terumbang-ambing di bawah sekatan Israel yang melumpuhkan sejak 2007, menjejaskan kehidupan di wilayah tepi laut.

Ghazi Hamad dari Kementerian Pembangunan Sosial berkata, serangan Israel baru-baru ini telah memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang sudah sukar di Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button