Dunia

Selepas Gaza, pertumpahan darah berlaku pula di Nablus

3 terbunuh, lebih 40 yang lain cedera akibat serangan ganas Israel

RAMALLAH, 11 Muharram 1444H, Selasa – Tatkala ketegangan di Semenanjung Gaza mulai reda kerana gencatan senjata, rejim Israel bertindak ganas pula di bahagian utara Tebing Barat sehingga menyaksikan lagi pertumpahan darah rakyat Palestin. 

Terbaharu, tiga rakyat Palestin terbunuh hari ini dan lebih 40 yang lain cedera termasuk  beberapa orang lagi dilaporkan parah ketika pencerobohan tentera pengganas Israel di bandar Nablus. 

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, tiga mangsa terkorban dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ibrahim Nabulsi, Islam Sabbouh dan Hussein Jamal Taha. 

Sementara, 40 lagi rakyat Palestin dilaporkan cedera, di mana sebahagian mereka kritikal akibat terkena tembakan peluru hidup. 

Pertempuran dipercayai berlaku apabila tentera menyerbu bandar lama Nablus dan mengepung sebuah bangunan, yang kemudiannya dimusnahkan rejim dengan serangan peluru berpandu sehingga mencederakan dan membunuh mereka di dalamnya. 

Tentera Israel mendakwa bahawa pasukannya hanya membunuh dua rakyat Palestin di Nablus dan kemudiannya meninggalkan bandar itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button