Dunia

Pengganas Israel tembak mati remaja Palestin di Hebron

Mo'men Yassin meninggal dunia akibat terkena tembakan peluru hidup

HEBRON, 12 Muharram 1444H, Rabu – Tentera pengganas Israel menembak mati seorang remaja Palestin dan mencederakan dua yang lain di bandar Hebron, selatan Tebing Barat, pada petang Selasa.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Mo’men Yassin, 17, meninggal dunia akibat kecederaan serius yang alaminya selepas terkena tembakan peluru hidup tentera Israel ketika konfrontasi di pusat bandar Hebron.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Al-Ahli namun tidak berjaya diselamatkan.

Kementerian menegaskan bahawa mangsa lain – yang identiti masih tidak dikenali – mengalami kecederaan akibat tembakan di arteri femoral.

Mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di bilik pembedahan.

Menurut saksi, penembak tepat Israel yang dikerahkan di atas bumbung kawasan itu turut memukul seorang remaja berusia 15 tahun dan menangkap mangsa.

Sementara itu, tentera Israel yang mengawal pusat pemeriksaan di pintu masuk kejiranan bandar Hebron di Tal Rumedia menyerang Fayzeh Abu Shamsiya kerana merakam mereka dan kemudian menahan remaja bawah umur itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button