Dunia

Polis tahan suspek bunuh empat lelaki muslim di AS

Senjata api ditemukan di rumah, kereta suspek sepadan kejadian

WASHINGTON, 12 Muharram 1444H, Rabu – Polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dipercayai suspek dalam kes pembunuhan empat lelaki muslim di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Ketua Polis Albuquerque, Harold Medina mengenal pasti suspek berkenaan sebagai Muhammad Syed.

Dia telah didakwa atas pembunuhan Aftab Hussein dan Muhammad Afzaal Hussain.

Polis berkata, mereka bekerjasama dengan pendakwa daerah atas tuduhan dalam kes pembunuhan Naeem Hussain dan Mohammad Zaher Ahmadi.

Menurut pihak berkuasa, suspek yang berasal dari Afghanistan datang ke AS sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, suspek pernah ditahan di Albuquerque atas kesalahan salah laku termasuk keganasan rumah tangga.

Pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan waran geledah ke kediaman Syed pada Isnin, sebelum mendapati dia cuba melarikan diri dengan kereta.

Pelbagai jenis senjata api ditemukan di rumah suspek dan Timbalan Komander Polis, Kyle Hartsock percaya sekurang-kurangnya dua senjata api di dalam rumah dan kereta adalah sepadan dengan kejadian.

Naeem Hussain, 25, ditemukan mati oleh polis pada Jumaat berikutan ditembak, menjadikan dia mangsa ketiga terbunuh di Albuquerque dalam tempoh dua minggu dan yang keempat sejak November lalu.

Beberapa jam sebelum kematian Naeem – yang baru menjadi warganegara AS – dia menghadiri upacara pengebumian dua daripada mangsa tembakan yang lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button