Berita UtamaDunia

10 bangunan bersejarah di Yaman runtuh

80 lagi rosak teruk perlukan pembaikan segera

SANAA, 13 Muharram 1444H, Khamis – Hujan lebat yang melanda ibu kota Yaman kebelakangan ini menyebabkan 10 bangunan di bandar lama runtuh dan musnah.

Sekurang-kurangnya 80 bangunan lain rosak teruk dan memerlukan pembaikan segera, kata pemberontak Houthi yang mengawal Sanaa sejak meletusnya perang saudara Yaman lebih lapan tahun lalu.

Bandar lama Sanaa ialah tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kawasan itu dipercayai telah didiami selama lebih daripada dua ribu tahun.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kebudayaan dalam pentadbiran Houthi, Abdullah Al-Kabsi berkata, pemberontak bekerja dengan pertubuhan antarabangsa dan mencari bantuan dalam menangani kemusnahan.

Tiada laporan segera kematian atau cedera akibat runtuhan itu bahkan hujan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button