Berita Utama

Anak sulung Najib bakal bertanding?

Dijangka tanding Parlimen Pekan, teruskan legasi Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 13 Muharam 1444H, Khamis – Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nizar Najib dikhabarkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohd Nizar dijangka akan bertanding dalam kawasan Parlimen Pekan bagi meneruskan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak di situ.

“Anak kepada Najib Razak dan isteri pertama, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, adalah calon yang paling berkemungkinan untuk meneruskan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak,” lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, laporan itu berkata, masih belum diputuskan kerusi DUN mana Mohd Nizar merupakan akan turut bertanding.

Mohd Nizar, 44 yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan dilihat sebagai calon yang sesuai untuk kerusi itu sekiranya Najib tidak layak bertanding pada PRU15.

Najib mengambil alih kerusi Parlimen Pekan selepas kematian bapanya pada 1976 ketika memulakan karier politiknya pada usia 23 tahun.

Beliau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 24,859 pada PRU14 selepas memperoleh 43,854 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button