Berita UtamaDunia

Bekas Presiden Sri Lanka dibenarkan cari perlindungan sementara di Thailand

Lawatan sementara dibuat atas dasar kemanusiaan

BANGKOK, 13 Muharram 1444H, Khamis – Thailand bersetuju membenarkan Gotabaya Rajapaksa tinggal di negara ini selepas bekas Presiden Sri Lanka yang digulingkan itu mencari negara ketiga menawarkan perlindungan kepadanya.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkata, Rajapaksa kini berada di Singapura selepas melarikan diri ketika protes antikerajaan secara besar-besaran sedang mencari perlindungan di Thailand berikutan visa di Singapura telah tamat, hari ini.

Beliau melarikan diri ke Maldives pada 13 Julai lalu kemudian ke Singapura, sebelum mengumumkan peletakan jawatannya.

Prayut mengesahkan lawatan sementara ke Thailand oleh Rajapaksa dibuat atas dasar kemanusiaan sambil memberi jaminan untuk tidak melakukan aktiviti politik sepanjang berstatus pencari suaka tetap di negara lain.

“Ini merupakan isu kemanusiaan, kami membuat jaminan kedatangan ini adalah lawatan sementara dan tiada aktiviti politik dibenarkan sepanjang berada di negara ini,” katanya seperti yang dipetik akhbar, Bangkok Post hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar, Don Pramudwinai berkata, pemimpin berkenaan dibenarkan tinggal di negara tersebut sehingga 90 hari kerana beliau masih pemegang pasport diplomatik.

Tambah beliau, kerajaan Sri Lanka kini tidak menghalang lawatan bekas presiden tersebut dan pada masa sama Thailand takkan membuat pengaturan penginapan.

Kedatangan Rajapaksa ke Thailand tidak menimbulkan masalah berikutan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengetahui perkembangan semasa dan mereka saling berhubung. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button