Berita UtamaDunia

China dakwa AS penghasut utama krisis Russia-Ukraine

Matlamat hancurkan Russia dengan perang berlarutan

BEIJING, 13 Muharam 1444H, Khamis – China menuduh Amerika Syarikat sebagai pencetus utama konflik berterusan antara Russia dan Ukraine yang bermula 24 Februari lalu.

Duta Besar China di Moscow, Zhang Hanhui dalam satu temu bual pada hari Rabu menyatakan, Washington telah menolak Russia dan mengembangkan pakatan tentera NATO serta pasukan sokongan yang memihak kepada penjajaran Ukraine dengan Barat.

“Sebagai pencetus dan penghasut utama krisis Ukraine, Washington juga mengenakan sekatan menyeluruh yang belum pernah berlaku sebelum ini ke atas Russia.

“Selain itu, AS juga terus membekalkan senjata dan peralatan ketenteraan ke Ukraine,” kata Zhang dipetik oleh agensi berita Russia TASS.

Dakwanya, matlamat utama mereka adalah untuk menghancurkan Russia dengan perang yang berlarutan dan cengkaman sekatan.

Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada akhir Februari, berikutan kegagalan Kiev melaksanakan syarat perjanjian Minsk dan pengiktirafan Moscow terhadap wilayah yang memisahkan diri Donetsk dan Luhansk.

Pada masa itu, Presiden Russia, Vladimir Putin berkata, salah satu matlamat apa yang disebutnya sebagai “operasi ketenteraan khas”.

Sejak perang meletus, Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya serta Kanada telah mengenakan gelombang sekatan terhadap Moscow. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button