Berita UtamaDunia

Krisis sara hidup punca ramai pesara di UK kembali bekerja

Pemulihan COVID-19 Britain terbukti kurang memberangsangkan

LONDON, 13 Muharam 1444H, Khamis – Di tengah-tengah perang di Eropah dan pemulihan ekonomi Britain daripada pandemik COVID-19, fenomena aneh berlaku di United Kingdom (UK) apabila sejumlah besar pesara kembali bekerja.

Anggaran yang dikeluarkan The Office of National Statistics menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 116,000 orang berumur lebih 50 tahun di Britain mencari pekerjaan dengan lebih separuh daripada mereka adalah lelaki yang melebihi umur pencen.

Ketua Dasar di Age UK, Christopher Brooks menjelaskan, fenomena itu boleh difahami sebagai sebahagian tindak balas selepas pandemik melanda dunia.

Menurut Brooks, dengan tekanan kos sara hidup yang sangat tinggi dialami sejak kebelakangan ini, kemungkinan besar orang ramai bergelut untuk memenuhi keperluan harian. 

Di tambah pula data menunjukkan inflasi dijangka terus meningkat di Britain dalam beberapa bulan akan datang, terdapat kebimbangan bahawa krisis kos sara hidup berkemungkinan meningkat lagi.  

Sesetengah ahli ekonomi mencadangkan bahawa inflasi boleh memuncak pada 15 peratus pada awal tahun depan.

Bank of England telah menyemak semula ramalan inflasinya untuk musim luruh yang akan datang ini kepada 13 peratus, menyebabkan ramai yang menghadapi masalah kewangan lebih besar.

Sementara itu, pemulihan COVID-19 Britain telah terbukti kurang memberangsangkan.  

Ekonomi Britain diramal menguncup pada suku akhir tahun ini kerana pertumbuhan KDNK dijangka negatif untuk suku kedua berturut-turut.  

Ini telah mengakibatkan keadaan bagi kebanyakan orang di mana pendapatan gagal berada sejajar dengan peningkatan inflasi yang membawa kepada penurunan drastik dalam taraf hidup. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button