Berita Utama

PN anjur ‘Jelajah Prihatin’ ke seluruh negara dalam masa terdekat

‘Kita turun dan sampaikan pandangan, apa patut buat kalau bentuk kerajaan’

BANGI, 30 Safar 1444H, Selasa – Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan program ‘Jelajah Prihatin’ di seluruh negara dalam masa terdekat bagi menyampaikan pandangan dan harapan ke arah
pembentukan kerajaan

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu antara yang dipersetujuinya dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan malam tadi.

“Kita (PN) bersetuju untuk mengadakan program Jelajah Prihatin di seluruh negara dengan membabitkan semua pemimpin gabungan berkenaan.

“Program ini maksudnya. Kita turun ke bawah dan menyampaikan pandangan, harapan dan apa yang kita buat sebagai parti kalau kita membentuk kerajaan,” katanya seperti dipetik Utusan TV, hari ini.

Pertemuan selama dua jam di kediaman Muhyiddin itu turut dihadiri Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin manakala PAS pula disertai Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Muhyiddin berkata, Bersatu dan PAS juga setuju untuk segera memuktamadkan pengagihan kerusi bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button