Pendapat

5U buat pemimpin

Jangan sebut keburukan ahli secara terbuka

SENTIASA amalkan 5U:

1. Ulang: Berkali-kali memberi nasihat dan motivasi tanpa jemu, menggunakan kaedah dan kreativiti yang pelbagai.

2. Umpan: Sesekali beri hadiah dan penghargaan sebagai daya penolak untuk anak buah. Ia tidak semestinya berbentuk material.

3. Ubah: Amalkan penambahbaikan berterusan. Jangan pernah statik dan selesa dengan keadaan sedia ada walaupun anda dan kumpulan anda adalah yang terbaik.

4. Undang: Sentiasa jemput ahli untuk makan, bertandang ke rumah, kenduri serta beraktiviti bersama.

5. Usaha: Jangan jemu bekerja keras bagi mempertaut ukhuwah dan meningkatkan prestasi pasukan. Beraksilah sebagai khadam.

Jangan sesekali melakukan 5U:

1. Ungkit: Usah mengingatkan jasa lampau anda untuk mendapat kerjasama atau bantuan ahli.

2. Umpat: Jangan sebut keburukan ahli secara terbuka di hadapan ahli kumpulan lain melainkan untuk teladan tanpa menyebut nama.

3. Ugut: Pantang nombor satu bagi pemimpin mendesak atau menakut-nakutkan anak buah dengan ancaman (kuasa, material atau emosi) demi menjayakan sesuatu. Ia bukti betapa lemahnya kepimpinan anda.

4. Ujub: Jangan tonjolkan kehebatan diri sendiri. Sebaliknya sebut dan ketengahkan kelebihan ahli pasukan.

5. Undur: Terus mara kehadapan walau apa pun yang terjadi. Kualiti paling penting bagi seorang pemimpin ialah keberanian!

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button