Asalkan GTA ikut 25 tuntutan Melayu…
Tak kisah bersama siapa pun, asal bebas jadi rasis berperlembagaan

1. SAYA adalah aktivis undang-undang di alam maya dan alam nyata sejak tahun 2008.
2. Saya telah melalui banyak peristiwa perjuangan mendaulatkan Melayu dan Islam sejak itu dan terlibat dalam banyak gerakan jalanan dengan tujuan memartabatkan Melayu dan Islam di Malaya.
3. Saya juga terlibat dalam beberapa kes Mahkamah melibatkan Melayu dan Islam dan sebaik mungkin saya menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah berkenaan dalam serba kekurangan.
4. Saya telah mengarang 25 Tuntutan Melayu sejak tahun 2015 dan menuntut kesemua YAB Perdana Menteri sejak itu utk melaksanakan kesemua perkara berkaitan kepentingan Melayu Islam yang sememangnya telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, namun setakat ini tiada mana-mana kerajaan mampu untuk melaksanakannya.
5. Justeru, saya menerima tawaran Dato Paduka Ibrahim Ali untuk menjadi Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).
6. Perjuangan PUTRA adalah berlandaskan 25 Tuntutan Melayu berkenaan dan saya bebas menerapkan konsep Rasis Berperlembagaan setakat kemampuan dan kapasiti kecil saya dalam parti.
7. Saya turut terlibat dalam mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi PUTRA ketika memutuskan untuk bergabung dengan beberapa parti Melayu lain dengan di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
8. Saya tidak membantah cadangan tersebut asalkan prinsip tuntutan 25 Tuntutan Melayu berkenaan tidak di prejudiskan.
9. Selagi saya boleh bebas menjadi Rasis Berperlembagaan, saya tiada masalah untuk bersama dengan sesiapa pun atas gerakan apa pun.
10. Pasti akan ada yang meremehkan GTA ini tapi tak mengapa lah. Saya tak mahu berhujah panjang dengan mereka yang membantah. Bukan masa saya menambah musuh.
Jom jadi Rasis Berperlembagaan bersama saya
Salam hormat
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu oleh penulis di Facebook peribadinya, Buzze Azam