Dunia

Jumlah korban, cedera di Palestin makin membimbangkan: PBB

Kematian babit kanak-kanak sudah cecah 37 sejak awal tahun ini

GENEVA, 14 Muharram 1444H, Jumaat – Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan jumlah rakyat Palestin termasuk kanak-kanak yang terbunuh dan cedera, angkara tentera pendudukan Israel sepanjang tahun ini.

Ketuanya, Michelle Bachelet berkata, kegusaran itu termasuklah insiden keganasan terbaharu membabitkan pencerobohan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza minggu lalu.

“Menyebabkan kecederaan kepada mana-mana kanak-kanak ketika konflik adalah amat membimbangkan, dan pembunuhan serta tidak wajar mencacatkan ramai kanak-kanak tahun ini,” kata Bachelet.

Minggu lalu, 19 kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh tentera pendudukan Israel, menjadikan jumlah kematian sejak awal tahun kepada 37.

17 kanak-kanak terbunuh ketika pencerobohan di Gaza dari 5 hingga 7 Ogos, manakala dua lagi terbunuh pada 9 Ogos dalam serangan Israel di Tebing Barat.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB telah mengesahkan bahawa antara 48 rakyat Palestin yang terbunuh, terdapat sekurang-kurangnya 22 orang awam termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita.

Katanya, daripada 360 rakyat Palestin yang dilaporkan cedera, hampir dua pertiga adalah orang awam, termasuk 151 kanak-kanak, 58 wanita dan 19 warga emas.

Dalam beberapa kejadian, kanak-kanak adalah majoriti yang terkorban, kata PBB.

“Undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah jelas. Sebarang serangan yang mungkin dijangka membunuh atau mencederakan orang awam secara kebetulan atau merosakkan struktur awam dengan cara yang tidak seimbang adalah dilarang.

“Justeru, serangan sedemikian mesti dihentikan,” kata Bracelet.

Pada masa sama, Bracelet berkata, penggunaan meluas peluru hidup oleh tentera Israel di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur pada tahun 2022 telah mencetuskan peningkatan yang membimbangkan dalam kematian rakyat Palestin.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di wilayah Palestin telah mendokumentasikan pembunuhan 74 rakyat Palestin termasuk 20 kanak-kanak.

Dalam kebanyakan kejadian, pasukan pendudukan Israel menggunakan kekerasan dengan cara yang melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Pesuruhjaya Tinggi menggesa supaya siasatan segera, bebas, tidak berat sebelah dan telus dilakukan terhadap semua kejadian yang membabitkan kematian atau mangsa cedera.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button