Berita UtamaDunia

New Delhi wajib semula pakai pelitup muka

Rekod 2,146 jangkitan baharu, 8 kematian dalam tempoh 24 jam

NEW DELHI, 14 Muharram 1444H, Jumaat – New Delhi akan menguatkuasakan mandat pemakaian pelitup muka sekali lagi selepas jangkitan COVID-19 meningkat dalam dua minggu lalu.

Menurut perintah bertarikh 8 Ogos yang dikongsi dengan pemberita pada Khamis, individu yang ditahan tanpa pelitup muka di khalayak ramai di ibu negara India perlu membayar denda 500 rupee.

Pada masa ini, pemakaian pelitup muka adalah jarang berlaku walaupun di pusat membeli-belah dan pasar yang sesak.

New Delhi melaporkan 2,146 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu dan lapan kematian – angka terburuk di kalangan negara dan wilayah persekutuan India.

Negara itu melaporkan 16,299 jangkitan baharu dalam tempoh berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kepada 44.2 juta.

Manakala jumlah kematian meningkat sebanyak 53 kepada 526,879.

Angka sebenar bagaimanapun dipercayai berkali ganda lebih tinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button