Berita Utama

Perlu ada polisi jelas larang pekerja muslim dalam urusan arak

Dr Zulkifli senada dengan pandangan beberapa mufti lain

BANGI, 14 Muharram 1444H, Jumaat – Hak seorang pekerja muslim adalah mendapat pekerjaan yang tidak melibatkan hal-hal larangan dalam agama.

Justeru, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersetuju terhadap saranan keperluan untuk kerajaan mewujudkan polisi yang jelas bagi melarang libat urus pekerja muslim dalam penjualan dan perkhidmatan arak.

Beliau turut senada dengan Mufti Pulau Pinang, Pahang dan Perlis mengenai keperluan polisi bagi melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja beragama Islam dalam urusan arak.

“Al-Marhum Syeikh A’tiyyah Saqr ketika ditanya tentang orang yang bekerja di sektor yang membantu penjualan arak beliau menjawab: ‘Dan orang yang memberi minum kepada orang lain mendapat dosa yang sama seperti mana yang telah diberitahu oleh nas hadis.

“Sama ada dia reda dengan perbuatan tersebut dan orang yang reda dengan maksiat maka akan dihukum dengan hukuman yang sama orang yang melakukannya.

“Ataupun dia hanya membantu dalam perkara maksiat. Orang yang membantu dalam perkara maksiat maka dia turut serta mendapat dosa disebabkan maksiat tersebut,” katanya merujuk Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 3/186.

Dr Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, bahawa kaedah fiqh menyebut setiap perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya adalah haram.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button