Berita Utama

PN perluas pengaruh, wujud kepimpinan peringkat kawasan di Kelantan

Hubungan PAS dengan Bersatu Kelantan sentiasa baik: Mohd Amar

KOTA BHARU, 14 Muharam 1444H, Jumaat – Perikatan Nasional (PN) kini sedang giat memperluas pengaruhnya di Kelantan dengan mewujudkan kepimpinan peringkat kawasan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, ia dijangka selesai sebelum 21 Ogos ini – iaitu sebelum ulang tahun penubuhan PN.

Katanya, PAS diberi peluang untuk memimpin PN sebanyak lapan kawasan dan selebihnya diketuai Bersatu.

“Sekarang kita dalam proses membentuk kepimpinan di peringkat kawasan yang dikenali sebagai Perhubungan PN Kawasan.

“Alhamdulillah, usaha itu kini sedang berjalan dengan baik dan dijangka selesai sebelum 20 Ogos ini.

“Ini kerana 21 Ogos akan diadakan sambutan dua tahun penubuhan PN peringkat negeri Kelantan yang akan dibuat secara besar-besaran,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, hubungan PAS dengan Bersatu di Kelantan sentiasa baik kerana kedua-dua parti itu merupakan komponen PN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button