Berita UtamaDunia

EU akui amal ‘double standard’, utamakan kesengsaraan Ukraine berbanding Palestin

Ketua dasar cadang salahkan AS kerana kurang penyelesaian konflik Timur Tengah

BRUSSELS, 15 Muharam 1444H, Sabtu – Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) mengakui bahawa blok 27 negara itu mengamalkan dasar pilih kasih apabila melibatkan peperangan di Ukraine dan Palestin yang dijajah Israel.

Josep Borrell membuat kenyataan itu ketika temu bual dengan akhbar El Pais apabila ditanya mengapa Brussels lebih bersedia untuk menyokong rakyat Ukraine berbanding penduduk Gaza.

“Kami sering dikritik kerana ‘double standard’. Tetapi politik antarabangsa adalah pada tahap yang besar tentang menggunakan standard berganda. Kami tidak menggunakan kriteria yang sama untuk semua masalah,” katanya.

Borrell juga mencadangkan bahawa Amerika Syarikat (AS) harus dipersalahkan kerana kekurangan penyelesaian terhadap konflik Timur Tengah.

“Tiada penyelesaian kepada konflik Timur Tengah tanpa komitmen yang sangat kuat di pihak AS,” katanya sambil berkata bahawa banyak percubaan telah dibuat tetapi pada masa ini nampaknya tiada jalan ke hadapan.

AS sentiasa menjadi salah satu penyokong utama rejim Israel dan keganasannya terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki.

Pengkritik percaya kedua-dua AS dan kuasa besar Eropah menggunakan dwi standard terhadap negara yang berbeza, termasuk rakyat Ukraine dan Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button