Berita UtamaDunia

Transit minyak Russia ke Ukraine kembali normal

Penghantaran ke Republik Czech, Hungary dan Slovakia sebelum ini dihentikan pada 4 Ogos

KYIV, 15 Muharam 1444H, Sabtu – Syarikat transit minyak Republik Czech, Mero berkata, bekalan minyak Russia melalui cawangan saluran paip selatan Druzhba kembali normal selepas penggantungan lapan hari ekoran sekatan.

Terdahulu, operator saluran paip minyak Russia, Transneft berkata, penghantaran ke Republik Czech, Hungary dan Slovakia melalui Ukraine telah dihentikan pada 4 Ogos.

Transneft berkata, sekatan yang dikenakan ke atas Russia berikutan pencerobohan Ukraine menghalangnya daripada membayar yuran transit ke Ukraine yang menyebabkan penghantaran minyak dihentikan.

Kilang penapisan Slovak Slovnaft dan pemilik Hungarynya MOL menawarkan diri untuk membayar yuran transit awal minggu ini, satu langkah yang diluluskan oleh kedua-dua Ukraine dan Russia.

Bekalan minyak kedua-dua negara disambung semula pada hari Rabu dan Khamis.

“Bekalan disambung semula pada 20:00 (1800 GMT),” kata jurucakap Mero, Barbora Putzova kepada AFP.

Sejak Russia menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari, EU dan Amerika Syarikat telah ‘menghentam’ Moscow dengan sekatan yang belum pernah berlaku sebelum ini, memutuskan Russia daripada institusi kewangan antarabangsa.

Walaupun sangat bergantung kepada minyak dan gas dari Russia, ketiga-tiga negara berkata, mereka mempunyai minyak yang mencukupi selama berminggu-minggu di kemudahan simpanan mereka dan penutupan selama lapan hari itu tidak merugikan.

Sementara itu, penghantaran minyak ke Poland dan Jerman melalui Belarus melalui cawangan Druzhba utara tidak terganggu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button