Berita UtamaIstimewa

Penguasaan BM di sekolah vernakular meningkat? Apa bukti, berilah statistik

Standard bahasa Melayu di SJKC, SJKT macam darjah tiga saja di SK

BANGI, 16 Muharam 1444H, Ahad – Kenyataan Datuk Dr Mah Hang Soon mengenai penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah vernakular telah meningkat – tanpa bukti kukuh – pada masa ini, tidak ubah sekadar standard menteri cap ayam.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, Timbalan Menteri Pendidikan itu sewajarnya memberi statistik peratusan lulus dan gagal silibus bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), bukan sekadar cakap sahaja.

“Sekadar cakap saja meningkat, itu standard menteri cap ayam.

“Kalau dia kata meningkat pun, jika ada, itu perkara biasa. Sedar atau tidak bahasa Melayu yang diajar di SJKC dan SJKT jauh lebih mudah daripada SK.

“Standard bahasa Melayu di SJKC dan SJKT macam darjah tiga saja di SK,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Berikutan itu, beliau mempersoalkan kewajaran silibus bahasa Melayu berbeza antara di SJKC dan SJKT dengan SK sedangkan pelajar warganegara yang sama.

“Bila tak dapat masuk matrik mereka salahkan kerajaan disebabkan oleh kuota. Kenapa dalam soal bahasa Melayu kamu tak bising?

“Murid-murid SK disusahkan dengan bahasa Melayu. Sedangkan kamu di SJKC disenangi dengan bahasa Melayu.

“Kenapa kamu tak desak disamakan,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button