Berita UtamaDunia

Taliban lepas tembakan ke udara surai protes wanita

Penunjuk perasaan tuntut hak bekerja, penyertaan politik

KABUL, 16 Muharam 1444H, Ahad – Taliban melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes wanita yang jarang berlaku di ibu negara Afghanistan, Kabul, beberapa hari sebelum ulang tahun pertama kumpulan itu kembali berkuasa.

Kira-kira 40 wanita berarak di bangunan Kementerian Pendidikan di Kabul, melaungkan ‘roti, kerja dan kebebasan’.

Menurut agensi berita AFP, beberapa penunjuk perasaan yang berlindung di kedai berhampiran telah dikejar dan dipukul oleh Taliban dengan senapang mereka.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk, yang bertulis ’15 Ogos adalah hari hitam’ kerana mereka menuntut hak untuk bekerja dan penyertaan politik.

“Keadilan, keadilan. Kami sudah muak dengan penyisihan ini,” laung mereka.

Dilaporkan, beberapa wartawan yang membuat liputan demonstrasi – perhimpunan wanita pertama dalam beberapa bulan – juga dipukul oleh pejuang Taliban. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button