Berita Utama

Bangunan bersejarah usia 600-700 tahun di Turkiye tahun rosak akibat gempa

Masjid pertama Hatay akan dibina semula secepat mungkin

ISTANBUL, 19 Syaaban 1444H, Ahad – Struktur bersejarah di wilayah Hatay selatan Turkiye – dikenali sebagai rumah kepada tamadun – rosak akibat gempa bumi kuat pada Februari lalu.

Di daerah Altinozu, sebuah gereja bersejarah, Ortodoks Greek yang dianggarkan berusia 700 tahun musnah akibat bencana berkenaan.

Struktur bangunan itu hanya tinggal menara loceng gereja, sementara silingnya dan kebanyakan dinding runtuh.

Beberapa bahagian Istana Baghras atau Bagras yang terletak di jalan Antakya-Iskenderun di Hatay – dianggap digunakan oleh Byzantine, Tentera Salib dan Rom kerana lokasi yang strategik – turut musnah dalam gempa.

Ketua kampung di kejiranan Otencay di daerah Belen, Nizamettin Senal berkata, istana bersejarah itu rosak selepas gempa bumi.

Katanya, keadaan struktur istana menghalang mana-mana pihak untuk melawatnya kerana bimbang ia runtuh.

Selain itu, Masjid Mahremiye bersejarah di Antakya – yang mempunyai dua tiang berputar dipanggil ‘skala gempa bumi’ di kiri dan kanan mihrab solat – turut mengalami nasib yang sama.

Hanya pintu masuk berbentuk terowong di bawah menara sahaja yang masih tinggal, sementara kebanyakan struktur lain pada masjid berusia 600 tahun itu runtuh dalam gempa bumi pertama.

Pekerja masjid, Nuh Gokuglu berkata, struktur dibina pada 1400 hingga 1450 dan menjadi masjid antara lima masjid pertama di Hatay.

“Masjid kami adalah satu-satunya masjid di Hatay yang mempunyai tiang gempa bumi,” katanya.

Menurut Gokuglu, dia dimaklumkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye bahawa masjid seperti itu – yang menjadi aset budaya berdaftar – akan dibina semula secepat mungkin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button