Dunia

41 maut, 45 cedera gereja di Mesir terbakar

Keluarga mangsa terima pampasan sebanyak AS$5,223

KAHERAH, 17 Muharram 1444H, Isnin – Sekurang-kurangnya 41 maut manakala 45 yang lain cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gereja di barat Kaherah, Mesir semalam.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kebakaran yang berlaku di Gereja Abu Sefein di daerah Greater Cairo itu disahkan berpunca daripada litar pintas. 

Kementerian itu berkata, kepulan asap yang menghalang pintu masuk ke gereja mengakibatkan rempuhan berlaku dalam dalam kalangan mangsa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Hossam Abdel-Ghaffar berkata, sebanyak 30 ambulans dikejarkan ke tempat kejadian untuk memindahkan mangsa ke hospital berdekatan.

Hospital di seluruh bandar itu telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sebagai usaha memastikan kemudahan lengkap bagi menampung jumlah mereka yang cedera.

Kejadian itu mendapat perhatian Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa terlibat.

Kabinet Mesir dalam kenyataan memaklumkan, keluarga mangsa yang maut akan menerima pampasan sebanyak AS$5,223.

Kebakaran akibat litar pintas seperti ini bukan kejadian yang jarang berlaku di Mesir, kerana pada akhir 2020 sebuah hospital yang merawat pesakit COVID-19 terbakar sehingga mengorbankan tujuh nyawa dan mencederakan beberapa yang lain.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button