Dunia

Israel terus serbu Tebing Barat tangkap 24 rakyat Palestin

Rumah penduduk diceroboh, digeledah sejak malam tadi

RAMALLAH, 17 Muharam 1444H, Isnin – Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin ditahan dalam beberapa serbuan dilakukan pasukan pendudukan Israel sejak malam tadi dan hari ini di seluruh Tebing Barat yang diduduki. 

Menurut sumber keselamatan tempatan, tentera Israel menangkap sembilan rakyat Palestin dan menggeledah beberapa rumah di kampung Deir Abu Mashal, Ramallah. 

Pasukan rejim turut menangkap bekas tahanan Palestin selepas menceroboh dan menggeledah rumahnya di bandar Birzeit, utara Ramallah. 

Di Baitulmaqdis, pasukan tentera menahan seorang penduduk ketika serbuan di bandar al-Ram dan dua lagi di Hizma serta al-Judeira. 

Di selatan Tebing Barat, konvoi kenderaan tentera menyerbu bandar Beit Fajjar, selatan Bethlehem di mana lima rakyat Palestin ditangkap termasuk dua remaja berusia 16 dan 17 tahun. 

Tentera bersenjata dan pasukan khas dilaporkan turut menyerbu kem pelarian Dheisheh, selatan bandar Bethlehem yang membawa penahanan dua lagi rakyat Palestin. 

Di utara Tebing Barat, sumber mengesahkan serbuan di bandar Asira al-Shamaliya utara Nablus mengakibatkan penahanan seorang penduduk.

Serbuan lain telah disahkan di bandar Silat ad-Dhahr dan kampung Zububa, yang membawa kepada penahanan dua bekas tahanan Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button